Monday, May 9

Padan Muka! Haha...

Hahaha...lom tulis lagi dah lawak! Tapi 'siyes'...cite nie memang lawak tahap sarkes!

Kesah nie berlaku time aku masih lagi 'in relationship' wif bubu. Lom 'dik keley' lagi time tu. Nak dijadikan lawak, malam tu aku ikut la mak ayah bubu nie pie kenduri malam berinai. Kalo ikutkan malas gak nak pegi tapi disebabkan pepatah "kalo nak teykel anak dia, kena teykel mak ayah dia dulu", aku pon ikutkan je la. Hisshh...sape la yang pepandai wat falsampah nie kan?

Actually, nie terd taim aku pie kenduri kawin waktu malam. Seblom nie just pegi waktu tengahari je. Tapi happening gak la kenduri waktu malam nie. Nak pulak kenduri 'wong jowo'. Kat sini la aku belajar mengenal 'beycek', 'berkat', 'kondangan' dan macam-macam lagi bahasa jowo yang ntahapahapantah tu. Nak tau tak beycek tu apa? Dia lebih kurang macam angpow la yang kita bagi kat tuan ghumah time kita nak balik. Nanti tuan ghumah tu bagi kita 'berkat' yang dalamnya ada isi jajan, bunga telur dan memacam lagi.

Makanan wong jowo nie tak banyak beza ngan oghang melayu. Kira bole masuk la ngan taste aku. Malangnya ari tu aku takde selera nak makan. Aku just minum air je. Tetiba bubu tanya,"Tak nak makan ker?". Nak tau apa aku jawab? "Tak nak la. Nak makan 'koboan' je", jawabku selamba. Haaa...korang yang wong jowo nie mesti dah tergelak sakan nie kan?

Bila dengar je jawapan yang ikhlas lagi 'skema' dari aku tu, terus bubu tergelak. Aku pon naik heran. Oghang sebelah aku pon lagi la naik heran. Pastu boleh pulak semua yang kat meja makan tu dok pakat tengok aku ramai-ramai. Apa? Diyorang ingat aku nie beghuk sarkes ke apa?

Sekali bubu pon berbisik kat tinga aku...
"Tau tak koboan tu apa?"
"Apa dia?"
"Koboan tu air basuh tangan!"
"Ape? Abis tu yang nie oghang panggil apa?"
"Haha...yang tu oghang panggil cemilan"

Adoyai...sekali tersalah tengok kamus la. Aku ingatkan jajan-jajan yang kat atas meja tu 'koboan'. Rupa-rupanya 'cemilan'. Gila ke apa nak makan air basuh tangan? Oghang gila pon lom tentu nak makan koboan. Baru dapat kuar ngan wedok jowo, dah berangan nak cakap jowo. Poyo siot!

Aku tak tau mana letak muka aku yang cute nie time tu. Memang tak berani la nak pandang macik-macik kat sebelah aku tu. Punye la malu tak hengat. Kalo la aku nie leh transform, mau je aku bertukar jadi burung unta. Kasi benam kepala dalam tanah. Malu siot! Haha...

Aku dapat bayangkan ada nasik yang menyembur, air yang terpercik, hingus yang meleleh dan perut boncit yang bergegar-gegar menahan ketawa dek terkejut beghuk dengar setetmen koboan aku tu. Kalo time tu takde orang, mau rasanya macik kat sebelah aku tu wat 'ketawa guling' cam heroin cite hindustan. Kiya karu...kiya karu...

Tapi camne aku leh gatal-gatal molot cakap 'koboan' nie eh? Yang benernye aku nie selalu gak ikut diyorang pie kenduri. So, benda yang selalu aku dengar kat meja makan is 'koboan'. Cemilan nie memang jarang bebeno la aku dengo. Tapi dek kerana nak tunjuk terrer...hambik kau!!

Oghang makan cemilan, ko makan koboan haha...


Friday, May 6

Rodblok La Goblok!!!


Haha...tajuknyer mengingatkan aku kat 'bebudak balas' rajalawak time diyorang wat lawak'rodblok la goblok' tu. Kali nie aku nak sturi pasal rodblok yang penah aku tempuhi. Setat dari aku dapat moto sampai la aku dapat lesen L, aku dah pekena 3 rodblok yang goblok. Pasaipa boleh terkena? Jom kita layan wan bai wan...

Fes taim rodblok yang aku kena, kat bukit uitm menghala ke bulatan seksyen 16 time balik dari men badminton. Aku selalu ikut jalan tu bila balik dari 'eksersais' and tak penah lak terserempak ngan rodblok. Tetiba ari tu boleh lak diyorang wat rodblok. Siot betul! Aku rasa cam nak patah balik je tapi memang takde jalan nak kuar. Nak tak nak, tawakal je la ye? Pak polisi tu pon cek la aku punya lesen ngan rodtek. Rodtek takde problem tapi tang lesen tu yang kantoi. Naik 'blue hyppo' muka aku dibuatnya. Tapi nasib baik... Eh? Alhamdulillah...polis tu lepaskan jer. Maybe diyorang wat rodblok tu pasal ada kes rompakan kot? Tu yang dia tak amik pot tu.

Terlepas hihi...

Seken taim aku kena lak, kat seksyen 17 time pagi raya cina. Elok je pas kuar dari bulatan tu, tetiba kat depan aku nampak rodblok. Cis! Goblok sungguh! Memang tak dan nak wat 'yutern'. Dengan muka tak bersalah, aku pon park la moto jauh skek dari mamat-mamat moto yang kena tahan tu. Sorang polis nie pon datang la kat aku. Hasil pemeriksaannya, aku didapati kantoi bab lesen ngan rodtek. Adoyai! Camna la aku bole lupa lak nak idupkan rodtek. Idupkan moto aku tak lupa lak? Sarkes! Aku pon apalagi, merayu-rayu la bagai nak rak kat abang polis tu dengan pelbagai alasan yang tak ada logika. Sadenli dia tanya aku nak bagi berapa. Aku cakap la aku takde duit. Aku bukak dompet aku sambil tunjukkan satu side duit 25 hengget. Lagi satu side aku sempat cover ngan jari-jemari aku coz dalam tu ada ratus-ratus. Sekali dia mintak semua duit dalam dompet tu. Mak aih? Tamak betul polis nie. Aku pon cakap la aku nak beli barang. Dek kesian tengok muka seposen aku, dia pon amik la 22 hengget. So, semua sekali dia pow aku RM 22.10! Mana datang seposen tu? Kan aku wat muka seposen tadi. Tu la dia hihi... Alhamdulillah, side yang ada ratus-ratus tu aku sempat cover. Kalo tak, mau dia amik 'serat'. Tak ke naya duit kena 'pow' camtu jer?

Terlepas lagi hihi...

Terd taim, aku kena kat seksyen 15 menghala ke bulatan sekysen 15 kat balai bomba tu. Time tu pas maghrib, aku nak pie men badminton. Memang jarang-jarang la ada rodbelok kat situ. Kaddang-kaddang pon lom tentu ada. Sambil menyanyi lagu Cinta Kristal, aku pon bawak la moto sambil lenggok kiri, lenggok kanan. Camne tah aku tak perasan kat depan ada lampu kelip-kelip warna biru. Jalan lurus plak tu. Maybe sebab tak banyak keta yang ditahan, tu yang tak perasan tu. Aku pon wat la 'benda rutin' time kena tahan. Aku berenti jauh skek dari oghang len. Tektik-tektik nak kawtim la nie hehe... Bila abang polis tengok rodtek, aku lulus dengan cemerlangnya sebab dah renew. Tapi bila dia mintak lesen. Aku selamba je bagi lesen keta. Bajet boleh lepas la konon...

"Lesen moto mana?", tanya abang polis tu. "Err...lom amik lagi bang. Moto baru beli seken hen", kataku dengan muka seposen. Sekali dia suruh aku pie kat polis yang tengah dok kat meja. Abang polis tu cakap aku dah buat 2 kesalahan yakni takde lesen moto ngan cover insuran. Mau dekat nam ratus kalo aku kena saman. Aku pon kelentong la yang aku fes taim kena rodblok nie and nak cepat coz ada game badminton. Sekali dia tanya aku nak wat camna. Aku pon wat-wat la kompius nak wat apa. Al-maklum la, baru fes taim kena hihi... Padahal aku tau diyorang nak minta 'duit beli air kopi'. Kang aku offer kang, takut jadi kes rasuah lak. So, dia pon cakap yang dia tak minum lagi. Dia suruh aku pie beli air kotak untuk 7 orang. Fuhh...lega betul aku dengar. Tanpa membuang masa, aku terus pecut skuter aku pie kedai dengan hati yang gumbira. Aku beli la air tin handred plas sebab rasa syukur sangat coz tak kena saman. Aku siap mintak plastik besar lagi kat kedai mamak tu untuk cover air tu. Tentu korang tertanya-tanya kenapa aku tak blah je terus kan? Camna aku nak blah. Lesen keta aku still ada kat diyorang. Kalo tak, dah lama dah aku chaboootttt...

Sampai kat rodblok tu balik, aku selamba derk je bagi plastik tu kat diyorang. Rasa cam best lak lalu kat rodblok tak kena tahan. Time aku bagi plastik tu, abang polis tu siap tanya, "halal eh?". Aku angguk je tanda setuju. Kang aku geleng kang, mau kena tempeleng dibuatnya haha... Pastu dia siap pesan, "Len kali kalo ko lalu sini, ko bawak air je". Cis! Siot betul abang polis nie. Kang aku bawak betul-betul kang baru tau.

Lagi-lagi terlepas haha...

Tapi sampai bila aku kena kawtim cenggini ngan abang polis nie. Bayangkan kalo sebulan 2, 3 kali kena rodblok. Kalo setawun? Tak ker sejuta? Setat dari peristiwa tu, aku nekad nak amik lesen moto. Nak try amik L dulu. So, bila dah ada lesen nanti, dah tak payah nak kawtim-kawtim lagi hihi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...